In Loving Memory of our late Mother
I decided to start blogging again. So I create a new blog. Although I want to continue my old blog but too bad. I really cannot retrieved it because I forgot my old password. So never mind, let me start a new one. Since this also marked my new phase of life without our beloved mother. 😢
Yes, hal kematian tiada siapa yang akan tahu. Bila, di mana dan bagaimana kita akan mati. Sama seperti bagaimana kita boleh hidup di dunia ini, kita tidak ada pilihan. Tuhan yang mengatur kita lahir pada tarikh begini, dalam keluarga begini, bangsa begini di negeri ini. Sebab itulah Kedaulatan Tuhan untuk semua ciptaan-Nya.
Pembukaan tahun 2021 pada mulanya agak gembira bagi saya. Ya, selepas 2020 dengan musim pandemik COVID-19, satu tahun 2020 agak tidak dirasa apa-apa. Pergerakan serba terhad. Bila mana 2020 berakhir, saya personally mengharapkan tahun 2021 akan lebih baik.
We started this year pretty much in a happier note actually. Pada 2 Januari, semua kami adik beradik dapat berkumpul, walapun sy dan adik sy Odoi hanya secara virtual, manakala yang lain secara fizikal di Salaping, but to me it was a wonderful moment. Saya sempat bercakap2 dengan mama. Bervideo call dengan semua orang.
Less I knew, that was actually the last time seeing my mom in a happier and healthy mode.
Sebab 2 hari lepas tu, 4 Januari 2021, Bapa saya whatsapp dalam group family, mama saya demam. Terus diarahkan oleh doktor buat ujian Swab Test Covid. Walaupun saya berdebar kami semua berdebar, entah kenapa saya mau percaya yang result yang akan keluar adalah NEGATIF.
Tapi itulah, rencana Tuhan tiada siapa yang tahu. Dalam sekelip mata, satu family dalam keadaan confuse, bingung dan terdiam apabila kedua-dua bapa mama saya sama-sama POSITIF COVID.
Dan situlah bermulanya, perjalanan hari yang agak sukar untuk kami sekeluarga.
Bila mama kami terpaksa dimasukkan dalam ICU ward, situlah battle of prayer I have ever personally did it for my mom. I've cried, begging to Jesus to save our mother.
Yes Jesus did that. On the 24th January, mama suda discharged dari ICU wad, dan masuk dalam wad Step Down Unit (SDU) wad. Wad di antara ICU dan wad biasa. 3 days, all of us happy dan berganti2 menelefon mama kami. Trying to cheer our mom to fight the disease.
My mom is a fighter. But God knows better than us.
On the 29 January, at 2.33am, my mom is called to be with the Lord. Forever.
Jujur, saya tidak pernah menjangka mama saya akan meninggalkan kami seawal begini. Tidak pernah. But siapakah yang akan dapat menjangka?
Tapi saya terima. Belajar untuk menerima.
Lebih dari itu, saya mengimani janji Tuhan bahawa Ibu saya sudah menghabiskan pertandingan 'kehidupan' dengan baik dan telah mencapai garis akhir dan sampai akhir ibu saya telah memelihara imannya.
Insuhat no ma. Sampai kopimat tokou vagu.
Forever missed. I love you ma💓

Comments
Post a Comment